Monday, August 30, 2010

Yahudi dan Nasrani..


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu) [ Al-Baqarah : 120 ] Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan ba...gi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) [ Ali-Imran : 110 ] Wahai orang-orang yang beriman, jika kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. [ Muhammad : 7 ] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! [ Az-Zalzalah : 7-8 ] Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. [ Ali-Imran : 185 ]

Solat

Mintalah pertolongan dari Allah SWT dengan sabar dan solat.